Sharing Is Caring.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Epal dan Pisang sekalian.

Dah masuk Februari dah. Lihatlah betapa cepatnya masa berlalu. Ya. 5hb ni aku ada Speaking Test untuk MUET. Tak rehearsal ni pun. Aku nak cakap apa pun tak tahu lah kan nanti.

Actually nak share something. Sikit je tak banyak pun. Khamis lepas aku sebenarnya bercadang nak pergi Universiti MAHSA untuk Maulidur Rasul. Lepas tu, hati memberat nak pergi Majlis Penutup Muslim Geographical Week kat AMF Hall. Namun begitu akhirnya aku pergi Movie Digest kat LHB. Masa tu terdetik dalam hati, "Memang betul lah perempuan ni nafsu dia cepat berubah dalam masa beberapa minit sahaja."

Cerita Big Heroes 6.

Disebabkan aku suka sangat cerita tu, aku rasa macam nak tengok lagi sambil cubalah dengar sikit apa yang ibrah yang boleh diambil. Sebab mata aku bila tengok cerita tu aku nampak part brotherhood je. Kasih sayang bagai. Haaaa.

So, ada brother IRK ni jadilah pen-Digest movie tu..

The main reason ditampilkan watak Baymax tu salah satu sebab nya ialah nak larikan mentaliti masyarakat yang akan menganggap robot ialah ciptaan yang berjalan kaku, dipenuhi keluli.. Comel kan Baymax? Heee.

Itu main reason lah. Kalau dari segi isi pulak..

Kepada yang dah tengok. Kan ada scene Tadashi cipta Baymax sampai 89 kali or something like that, baru terhasilnya Baymax tu. Maksudnya kat situ, ya. Jepun tu sebuah negara yang maju. Tapi bukan sebab memang dorang sedia ada maju, tapi sebab dorang usaha. Dorang tak putus tengah jalan. Biarlah 100 kali pun kena cuba, selagi tak berhasil, dorang akan tetap cuba.

Nice bahh. Aku pun tak ternampak. Kewll.

Next is.. Dalam hidup ni, jangan terlalu gembira. Because when you do so, there'll sonething bad happen. Bukanlah cakap semestinya, tapi memang kebiasaanya macam tu. Tak payah tengok orang lain. Cuba flashback balik kisahkisah kita sendiri. Ni part masa Universiti terbakar.

Usaha. Mengawal perasaan.

Sebabnya kita ni dituntut untuk menanam usaha bukan menanam kejayaan.

Oh ya. Brother tu ada mention jugak pasal satu benda ni. "Kita ni Muslim majoriti dalam dunia ni, tapi kenapa kita just bertindak sebagai pengguna tapi bukan pengeluar?"

Mari renungkan dan selamat beramal.

p/s: Update guna phone susah bebenau nak upload gambar. Cisskek Sungguh. 

No comments:

Post a Comment