Coretan.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Epal dan Pisang sekalian.


Lawa kan effect Bulan tu? Aku tak pakai DSLR. Bukan IPhone User. Bukan pakai Oppo. Tak sebanyak megapixel Sony. Humm.

Takde motif pun. Cuma tu je fenomena alam yang sedang aku nikmati. Sekarang ini. Di saat tertulisnya baitbait coretan ini.

Ya. Anak dara tak elok kena angin malam. Tapi, angin malam ni buat aku hilang mengantuk. Padahal kat kedai Kak Sofie tadi mengantuk dah macam apa dah.

Tapi.

Angin Pulau ni lain. Hilang penat aku dari pagi tadi.

Rasa macam taknak tidur pun ada.

Pernah tak ucap syukur atas udara yang dihirup ni? Pernah tak ucap tasbih untuk ciptaan-Nya? Pernah tak hargai nikmat senang dan sihat? Pernah tak mencari hikmah disebalik ciptaan-Nya?

Dan disaat angin sedang menampar lembut kulitmu, jangan disangka dia tak akan menghenyak atau menapar sekeraskerasnya kulitmu suatu masa nanti.

No comments:

Post a Comment