Precious.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Epal dan Pisang sekalian.

Malam minggu macam ni memang kalau boleh nak habiskan masa buat macamacam, tapi dengan layanan WiFi IIUM-Community! yang seperti mahu mencari pasal, terpaksa batalkan niat itu.

Hari Jumaat aku pergi AEON Big sebab nak beli stok makanan and bebarang yang diperlukan. Well. Ingat nak pergi sengsorang, tapi tetiba Partner In Crime tanya, nak dia teman tak? Atau dalam kata lain sebenarnya, dia nak ikut. Alasannya, "Aku tak tau nak buat apa kalau duduk bilik. " Makanya, aku tak kisah. Ada juga peneman. Masa nak pilih barang tu, nampaklah rupa macam anak dara yang bekerja dan sedang menyewa. HAHA. Buat perbandingan harga bagai semua macam apa.

She said, she's happy with that moment. Memang shopping ni mem'booster' semangat perempuan ke cemana?



Stok makanan sampai bulan 5. Tapi.. Entah sampai ke tak.

Sabtu pula dah janji nak teman Aryn keluar. Janji dengan dia memang lah kan. Macamacam perangai kitorang. Jap nak pi Mid lah, nak pi Jalan TAR lah bagai. Tetiba mengada cakap kempunan nak makan Aiskrim Pasu. Aku pun gigih la mencari kat mana paling dekat. Dan aku just jumpa kat Bangi je yang terdekat. Homaiiii. Bangi kott.

Tapi, yela. 15hb lepas kan 19th dia. 22nd aritu pun birthday orang kat Bangi. Ingatkan nak celebrate lah sekali. Rupanya Awek Bangi balik Johor. Untunglah dapat pi Carnival kat Big Foot tuh. By the way, sorry for your Mom. Syafahallah.

Maka, adinda ini bawalah kekanda itu ke Bangi. Naik KTM je pun. Takdelah membawa sangat kan~

Oh ya, kalau rasa nak pergi naik KTM, kena turun kat stesen UKM, pastu ambil teksi cakap nak turun kat Seksyen 4 Tambahan. Masa aku pi dia ada tanya nak turun area mana, aku cakap area rumah kedai je. HAHA. Nama kedai dia Bubble Blog. Sederet dengan kedai Dobi Bubble. Hee.

Memang pengalaman lah kan apa jadi harini.


Dia unik sebab pasu je dan ya. Pasu itu di meja study saya sekarang. Ingat nak bercucuk tanam. 


Thanks kekandakekanda sayang sebab menceriakan harihariku. Ecewahh ayat.

Tahniah juga untuk Cikgu Zack a.k.a. Cikgu Bob yang akan melangsungkan perkahwinan pada 21st of March. Tidak kuduga Cikgu, jodohmu telah tiba. Oh ya, ex-Pelatih PLKN PutPut 2014 Kump. 1 sila take note. Kat Segamat. Well. Dia kan alumni SMKAS. Wuuuuu.

Nak datang tapi takut pulak aku takde transport or tak cuti. ApaApa pun Cikgu, Barakallah. Senyummm.

No comments:

Post a Comment