First Weak.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Epal dan Pisang sekalian.

Sengaja weak-kan week tuh. HAHA.

Kau tak tau penatnya macam mana. Tidak. bukan penat fizikal. Kalau setakat penat fizikal tu aku dah immune sangat dah. Ecececce konon.. Tapi, betul lah. Aku penat mental sebenarnya. Macamacam kena hadap masa Add/Drop. Kengkadang tu rasa jugak geram tu, 'Apahal lah tak exit terus Arab?' Tak payah nak add bagai. Tapi bila fikir balik, aku bukan power pun Arab. Memang layak pun senanya. HAHA. Entahlah, aku cuma nak suarakan jela, kenapa tidak LQM tu dimasukkan je dalam study plan tu tanpa membezakan level untuk Exit. Tapi, merekamereka yang taknak further Syariah, just drop jela nanti. Okayy, pandai sungguh aku ni kan? Hummm.

Kelas pun dah start. Dannnnn. Hampir nak pitam bila duadua Ustaz Arab aku Ustaz Sudan. Hamekawwwww. Memang merasa lah kan kau fully Arabic. *gelakjahat*

Takpe. Cabaran untuk aku. Positif! Yeahh!

Partner in crime aku ni dah susah nak jumpa sekarang since kitorang cuma ada 2 kelas je bersama. Ohhhh my partner, how can I survive without you? HAHA. Gedik.

Dan sepeninggalan rommies aku hujung minggu ni, dia dari AC gigih datang kemari untuk menemani. Wahhhhh. Suka sangat buat friendship goals. Terharu daku. Almaklumlah dalam minggu first ni banyak lagi masa free nak dihabiskan bersama. Kang dah start assignment bagai semua, jangan haraplah nak melepak bagai semua.

Borang Add/Drop yang menbuktikan aku belum Move On dari tahun 2014.

No comments:

Post a Comment