Tulisan.

Assalamualaikumwarahmatulalhiwabarakatuh.
Epal dan Pisang sekalian.

Tulisan ini telah dinukilkan oleh seseorang yang aku tak tau siapa orangnya. Tapi aku dapat daripada Group WhatsApp yang mungkin telah di-forward-kan daripada groupgroup lain. Tapi aku nak share jugak sebab ianya sedang menggambarkan perasaan aku sekarang.

Time TADIKA dulu tak sabar nak masuk Sekolah Rendah. Time tu tak tau pun bab cinta semua ni.
Bila masuk Sekolah Rendah, tak sabar pula nak jadi 'OTAI' Menengah.
Time Lower Form, tak sabar nak habis sekolah sebab nak kerja, bolehlah beli itu, beli ini. Berangan sungguh-sungguh macam orang yang dah ada kerjaya padahal time tu berangan je lebih, takda usaha pun, makan pun Mak Ayah tanggung lagi.
Time tu baru kenal erti Couple. HAHA. Baru nak 'up'katanya. Baru nak kenal 'DUNIA REMAJA'.
Bila dah naik Upper Form, baru sedar, 'Aku Dah Besar', 'Dah nak habis sekolah', 'Dah Matured'.
Time tu juga baru rasa couple tu sebenarnya tak best, tak penting pun sebab baru tahu jodoh pasti datang.
Time tu juga baru ada rasa, 'Sayangnya nak tinggal sekolah', 'Sayangnya nak tinggal kawan-kawan', 'Sayangnya nak tinggal kelas'. Baru rasa semua tu. Sekarang rasa sebak sangat bila kita tidak lagi digelar, 'PELAJAR'. Lepas ni dah takda nak nyanyi Lagu Sekolah, nak bising dalam kelas, nak main kapal terbang, nak makan semeja sama-sama, gelak sama-sama. Semua tu tinggal kenangan.
Even lepas ni kalau jumpa pun, semua dah ada haluan masing-masing, mungkin tak akrab macam dulu.
Itulah yang dikatakan pengalaman mendewasakan kita. Itulah yang dikatakan zaman yang paling indah ialah Zaman Persekolahan.

Pisyo(Y).

p/s: Tarbiah yang diterima mungkin sama, tapi penghadaman dan penerimaan itu berbeza. Sila maklum.

Tak payah cari aku. Aku takde. 

Banyak sangat sekolah kalau aku nak upload gambar pun. Sokayy. Ni kira Sekolah terakhir aku sebagai pelajar lah kiranya. HUHU.

No comments:

Post a Comment