Pemakanan.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Epal dan Pisang sekalian.

Patutnya aku ambil Kimia dulu. Dan sepatutnya aku kena pupuk minat terhadap Kimia. So, bolehlah aku sambung belajar untuk jadi Pakar Pemakanan ni. Almaklumlah, aku kan sangat hebat dalam babab makan ni. HAHA. Okaybai. Berangan.

Sebenarnya, sangatlah aku beruntung kerana aku dikelilingi oleh PakarPakar Pemakanan yang terbaik dari Ladang ni. Semestinya bonda tercinta, ayahanda, adinda serta rakan yang merangkap kelas-mate.

Nak bagitau jela ni, berat aku sekarang 43kg. Masa Form 1 sampai Form 3, 40-41kg je. Naik Form 4 sampai Form 5, 50-54kg. Dah ianya kekal sehingga selepas PLKN. Even PLKN banyak aktiviti fizikal. Dan setelah diketahui oleh semua orang, lepas masuk CFS, aku susut dan sehingga kini berat aku cuna 43kg. Nampak ketara sebab semua orang yang pernah jumpa aku masa musimusim aku duduk asrama akan tegur, "Awat kuruih sangat Fieza ni?" Gitulah kaedahnya..

Bukan nak bajet kurus, tapi aku risau jugak sebenarnya. Yela, kalau aku ni kononnya tak makan ke apa, bolehlah yakin jugak. Masalahnya, aku pun makan main bedal je. So, kau rasa?

"Sebenaqnya Fieza, sarapan ni penting. Lagi satu, kita kena makan ikut masa. Pukui 11 tu, tak elok dah nak makan, sebab masa tu perut dok ready nak lunch. Lunch pulak elok la masa pukui 1-2. Tengah malam kalau nak makan, janganlah makan beratberat."

Tudiaaaa. Kena nasihat free. Almaklumlah, kakak dia Medic kat Mesir. HUHU. So, sekarang, aku sedang berusaha meng-follow saranan beliau. Gigih la jugak minum susu ke air coklat ke pepagi before pergi kelas. Even aku tak suka sarapan.

Balik JB ni, ayah pulak tanya, "Kakak dah berapa lama tak makan ikan?" Aku jawab entahlah. Sebab aku memang tak lalu nak makan ikan kat CafeCafe terbabit. Apatah lagi lepas Mak WhatsApp gambar ikan dalam perut orang tu. Aisyhhhh. "Ayam makan dak?" "Ayam lagi kakak tak lalu Ayah." "Semua Hang tak lalu. Hang makan apa ja?" HAHA. Anak ayah kat CFS tu jadi Vegetarian kalau nak tau. "Hang duduk asrama dulu berisi la jugak. Ikan tu makan la. Kesihatan kena cukup. Protein tu penting. Susu minum. Teluq makan." Muka innocent. *baikayah*

Haaaa. Itu sebenarnya punca utama kenapa aku susut gilagila. Kurang khasiat. Lelwz. Thanks Ayah sebab advice anak dara Ayah yang degil ni. HIHI. Lepas ni kakak gigihkan diri makan ikan ke ayam ke. Tau? Tau?

So, siapa cakap kurus itu sihat? Tidak! Aku ulang. Tidak! Sekadar kurus tapi kurang khasiat. Haaa. Kan tak bagus. Marilah kita jaga pemakanan. Pada aku, even tak bersukan, *as long tak bermalas-malasan la* tapi kita jaga pemakanan seimbang, In Sha ALLAH kesihatan milik kita. Fikirkan jangka masa panjang.

Aku teringin makan Bakso Mak. Sebab tu balik JB.
Malangnya, aku kena masak sendiri. 

No comments: