Kisah.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Epal dan Pisang sekalian.

Form 3.
" You're the reason for the teardrops on my keyboard..
The only thing that keeps me wishing on a wishing star..
You're the song in the car I keep singing, don't know why... "

Ya. 
Aku tak pernah sangka, kita yang samasama rebel, samasama suka buat benda pelikpelik, yang paling suka buat masalah, yang selalu kena aim dengan cikgu, yang entah apapa ni, yang samasama hafal setiap lagu, setiap dialog iklan and dendangkan bila bosan, sanggup hafal semua iklan even KKQ punya surah tak reti nak diulang hafal tu, suatu masa akan bawa haluan yang tak sama.

Ya.
Aku ingat lagi kau lengahkan tawaran pergi TIJB semata mengharapkan aku dapat SMKAJB samasama. Dan. Kita dapat. Kita dapat weii. Konon sweet lah masa tu. Nanti aku akan jagakan Remy Siakk kau. In case kau masih adore dia. Kalau tak, takpelah kan.

Ya.
Esok aku final. Tau tak perasan tu? Kalau tak disebabkan final, aku sanggup balik JB lambat. Sebab nak jumpa kau kali terakhir sebelum kau pergi sana. Aku terkilan sangat. Tak dapat even sekejap pun berborak dengan kau. Luangkan masa. Walau sekejap. Yela. Cerita macam dulu. Entah apa je. Dengan duadua lampi. Ingat tak Pick Up? Family siapa lah kan? 

Ya.
Aku tak sweet macam orang lain. Aku sedih sebab aku orang paling lambat tau pasal kau. Macam aku tak peduli pun kan? Frankly, aku sangat peduli. Rindu nak jadi one of the person yang akan tadah setiap cerita kau, masalah kau, gembira kau. By the way, your note, sticky note kaler kuning tu. Thanks. Terharu. 

Ya.
It's all my mistakes. Aku yang cipta jurang. Ramai je yang dah kemanamana. Ramai je yang akan kemanamana. Tapi, bila aku tau kau salah sorang. Aku happy. Aku happy untuk kau. Tapi. Tapi kan, aku tak tau kenapa aku sedih sangat. Sebab aku rasa makin lama kau makin jauh. Sebenarnya bila orang persoalankan pasal kau or cerita pasal kau kat aku, aku macam biasa je. Tapi, dalam ni.. Aku rindu. 

Ya.
Aku tak dapat say Goodbye face to face kat kau. Aku hilang satusatunya peluang yang aku pendam masa aku tau kau akan kesana. Aku nasihat Asma to stay strong masa Aida dah pergi naik train. Indeed. Tapi, aku tak kuat. Aku rasa takde semangat. Aku tak mampu nak bangkit dengan nasihat aku tu. 

Ya.
I have many things to tell you. Sampaikan aku rasa, 1 malam pun belum cukup nak habiskan hikayat aku selama kita jarang lepak sekali.

Ya.
Aku tak tau kenapa aku kena menangis sebab ni? Weiiii. Aku ni feelingless kott. Brutal. Benci kau! Sebab buat aku menangis dari pagi tadi. Benciiii! Sendu tau bila baca WhatsApp dorang wish kau kat group, bukak twitter, dorang tweet. Rasa macam.. "Kenapa tahun ni jugak? Sambutlah New Year dengan aku!"

Ya.
Esok tepat 9 pagi aku jawab paper tau. Sama dengan flight kau. Pukul 9 pagi. Sama wehh. Kau rasa aku jawab paper macam mana dengan hati yang walang ni?

Benci kauu...


Dahla takde gambar latest just kita berdua je nak oiii. Sengal.

Me,
Za.

p/s : Aku cadang nak tukar gambar tepi tu memandangkan gambar tu since Form 4. Tapi, bila aku fikir balik.. Tu purdah kau yang aku pinjam. Ingat tak? Okaybai.

No comments: