Drama.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Epal dan Pisang sekalian.

Haiiiii. *lambaitangan*

Saya di Johor. HAHA. Jadi, kerja saya di rumah ialah, makan, makan, makan dan makan.

Since minggu lepas aku call Adik bagitau teringin nak makan Bakso buatan Mak. *hampa* Mak suruh aku belajar buat sendiri, "Ni, kalau dah duduk rumah sewa ke kat KL sana, nak buat jual ke, nak makan sendiri pun boleh dah." Aku macam biasa, sengihh. HEHE. Tapi, aku berjaya. Yeayyy! Dalam masa 12 jam ni, aku dah 5 kali ulang makan. Biasalah, masakan sendiri katanya. Boleh dikatakan bahana perkataan 'Arasso' jugak ni. HUHU. Sejak jadi penggemar Drama Korea ni aku dah terjebak dengan perkataan 'Arasso' ni. Sampai Adik naik muak, "Pebende Arasso? Arasso, arasso. Bakso?" Makanya, aku dapat makan Bakso. Yeayy Me!

So, sepertimana yang aku dah janji, macam mana aku boleh terjebak dengan Drama Korea ni? *usapdagu*

*tunjukseseorang*

Haaaaa. Jangan tuduhtuduh. TakmoTakmo. HAHA. Okayy. Memang orang mengajak, tapi, kalau diri sendiri tak terus melayan, salah siapa? Salah aku sendiri. Yeay Me again!

Sememangnya aku merupakan insan yang tak gemar kepada K-Pop dan seangkatan dengannya. Ohh. sebenarnya aku tak gemar kepada peminat fanatiknya. Over kott. Over. So, aku takut by the time aku menjunamkan diri ke kancah itu, aku akan jadi sebegitu. Tidakkkkk!

Namun begitu, aku cuba lah menjuruskan diri ke arah menonton Drama Korea. Nahh. Aku dah addicted. Ehhhh. Lek ahh. Baru 2 Drama. 'Baru'. Sebenarnya nak tukar angin. Well said, bukan nak menjatuhkan institutusi industri perfileman negara sendiri, tapi, sejujurnya, banyak sangat cerita Cliche yang jalan cerita dah boleh teka. Yada.Yada.Yada. Ce buat kelainan. Macam Hollywood. Bukan nak mengangkat dan memartabatkan dorang, tapi memang hasil dorang tu berinformasi. Gituuuu. Karya-karya bak cerita Zombi Kampung Pisang tu perlu dimartabatkan lagi. Pehh. Macam pengulas filem bhaii.

And, kat sini aku tak cakap Drama Korea tu mantap dan terbaik, cuma.. Ianya antara yang terbaik. Even Cerita Hindustan yang zaman dulu-kala aku minat sesangat pun aku tak minat dah dek kerana jalan cerita dia. So kau rasa? Kita perlukan perubahan! Amboi.. Bajet demonstrasi.

Lagipun, classmate tercinta ni selalu cerita pasal dunia K-Pop ni. Aku tadah jela. So, untuk tak buat dia cerita syok sendiri, aku pun ambil tahu la sesikit berdasarkan trending kat Twitter tu. Bolehlah kengkonon tau jugak. HEHE.

Ni, sorang member aku share. Aku takdelah macam ni. 

No comments: