Bah.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Epal dan Pisang sekalian.

Salam Takziah kepada semua mangsa banjir di Perlis, Kedah, Johor, Kelantan, Pahang, Terengganu dan Selangor.

For all we've known, memang sangat teruk banjir tahun ni. Setiap kali aku terbayang beetapa dalamnya air tu, aku akan bayangkan aku berdiri kat pam minyak, tapi ditenggelami air sampai ke bumbung. Tidakkkk.

Ya Rabbi..

Ya. Tak perlu aku share gambar, sebab banyak dah.

Dan, satu lagi. Jangan jadi tak pandai sebab kaitkan dengan politik, dan sebagainya. Jangan sempitkan pemikiran anda yang sempit itu! Kau rasa berbaloi nak tuding jari sekarang ni? Tau menunding, tapi sendiri taknak cuba usaha. Kau buat? Kau ada hulurkan even secebis doa?

Emosi kejap.

Aku just nak share gambar kat area rumah aku. Semalam naik air pukul 3 pagi. Tapi, Alhamdulillah rumah aku tak masuk air. Setakat aku lalui banjir sejak TADIKA, cuma sekali je masuk. Masa Darjah 5. Masa tu merasa pergi pusat pemindahan, makan nasi lembik la keras la. Beratur nak mandi. Tidur bergelimpangan. Wahaiii. Tidak kumahu ulangi itu.

So, mari melihat view dari Kg Sri Bahagia.




p/s : Tapi ni semua bukan rumah aku. Aku suruh ayah WhatsApp gambar depan rumah, dia bagi gambar depan rumah jiran.. Ayah.. Kelakar.

Tapi, masih mengharapkan janganlah masuk rumah. Risau jugak ni haa. Nak final.Ganbatte! *emojitaff*

No comments: