Suara Pemuda.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Epal dan Pisang sekalian.

I've gone through last wekeends as a very tiring wekeends ever.

Sebenarnya dah lama aku nak beremosi dengan apa yang aku nak kongsikan, tapi, kononnya takde masa. Kononnyalah.

Bila aku suarakan pandangan, tak kisahlah atas isu apa sekalipun, aku tak mengharapkan orang terima bulatbulat. Sebab mungkin pendapat aku tak berapa betul atau tak patut diterima pun. Ya, aku akui. Cuma, aku nak pandangan aku tu, difahami dan didengari tanpa menunding aku sebagai, "Kau tu kecil lagi. Belum banyak makan garam. Tak cukup umur pun lagi. Tak faham apaapa." Ohh. Okayy. Aku masih tak layak bersuara. Ohh. Katanya tak guna berpegang pada falsafah atau katakata hikmah sebab aku masih muda. Masih kecil. Aku tak faham pun asasnya.

Nak emosi kejap..

" Sampai bila warga muda belia nak faham? Sampai bila mudamudi masa kini harus berdiam tanpa mengeluarkan walau secebis pendapat mereka sebab masa akan datang warga muda inilah yang akan memerintah, yang akan menguruskan negara in? Bila masanya anak kecil akan faham segala isu yang dibangkitkan? Bila agaknya warga muda boleh kemukan pendapat mereka? Bila ijazah di tangan? Bila dah dapat kerja tetap? Heh! Kau rasa dengan mengungkap, 'Kau kecil lagi, tak faham semua ni' mampu memberi pemahaman secara terus kepada mereka? Kenapa tidak diterangkan? Kenapa tidak diberi tunjuk ajar? Kenapa tak dijelaskan secara lanjut dan terperinci agar mereka tidak akan 'blur' kemudian hari? Supaya mereka tidak tertanya-tanya. Adakah dengan usia yang terletak pada angka tahun dilahirkan itu mampu menjadi penjamin bahawa ilmu kau sudah melangit? Untuk apa katakata tanpa berlandaskan ilmu yang dikaji? Cukup? Bukan aku mendabik menyatakan ilmu aku cukup hebat atas sebab di mana aku berdiri sekarang. Tapi, sekurang-kurangnya aku cuba berkongsi apa yang aku tahu supaya kita bersama peroleh pengajarannya. Aku pun kadangkadang menjadikan adik aku yang jauh lebih muda itu untuk menambah pengetahuan. Justeru, kenapa kau perlu bersikap sebegitu? Kau sangat silap seandainya kau menyangka semakin tua seseorang itu, semakin berilmu dirinya. Silap. Kau sangat silap! "

No comments: