Cinta.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Epal dan Pisang sekalian.

Nampak gayanya anganangan hendak mencapai post sehingga 600, mungkin terkubur begitu sahaja. Konon nak ngapdate sampai 600. Hahhaii. For more than 4 years, I've achieved more than 500 posts. Gila kau. Ape sehh aku merepek? HAHA. Tu belum yang draft tak terpost-post. Okaybai. Tak sabit dengan tajuk.

" Serius kau nak cakap pasal cinta? "
" Wahahahahaha. Deabak ahh. Fexxa cakap pasal cinta bhaii. "
" Kelas kau. Cinta. Wuuuu. "

Okayy lawak. Hati batu aku pun, ade la secebis perasan. Heh!

Actually, beberapa hari lepas, aku ikut mak aku teman Sedara aku pergi runah Ustaz ni. Memula ingat kena gangguan biasa je. So, macam biasa la. Dimulakan dengan Ruqyah.. Gituuuu... Memang kali kedua aku menyaksikan kejadian sedemikian rupa. Tapi sungguh. Malam tersebut paling teruk. Lepas Isya' sampai pukul 3 pagi. Mak aihh. Lepak aku sehh. 'Benda' tu sumpa degil. Taknak keluar.

" Then Fexxa. Kaitan dengan cinta? "

Ohh. HAHA. That person.. Dia terkena santau. Well said. Kalau aku kaitkan Santau dan Cinta. Mesti korang tay nak relate kan sendiri an?

Fact. Tak semua yang 'benda' tu cakap kita kena percaya 100%. Tak payah. Nama pun Jin, Syaitan, Iblis. Semestinyalah. Dorang nak sesatkan kita and nak pecahbelahkan kita je. By the way, 'benda' tu cakap, "Tuan aku nak aku mati dengan perempuan ni." Ohh. Okay. 'Benda' tu cakap la siapa Tuan dia. Kenapa dia hantar. "Kau ganggu hubungan kami." (sambil memandang suami dia) Haaa kau.. Itulah yang aku nak sampaikan. Cinta.

Sekarang faham tak? Apa persoalan yang aku nak bangkitkan?

Mak cakap, " Kakak. Nak kawan dengan orang. Hatihati. "

Terdiam.

*Chopp. Umur 18 memang dah sangat matang ke nak fikir pasal ni? LOL!

Terbayang semua kawankawan yang aku kenal. Baik lelaki baik perempuan. Kalau bukan aku atau saudara-mara aku, mungkin mereka. Mungkin saudara-mara mereka. Allahu.

Aku cerita kat sorang kawan ni pasal pengalaman aku pergi rumah Ustaz tu. Respons dia, " Tak sangka kuasa cinta macam ni. "

Tak faham. Kenapa demi cinta yang terhalang, orang sanggup lakukan apa sahaja? Kenapa demi cinta yang terputus sekerat jalan, sanggup menzalimi orang lain? Kenapa? Puas? Meh kita fikir sekejap. Azab ALLAH tu lagi perit. Lagi perit daripada menanggung cinta yang tak berbalas atau cinta tanpa penghujung. Sungguh. Ini bukan cubaan. Haaaa. Kenapa perlu sekutukan DIA? Kenapa perlu mensyirikkan DIA?

Aku tahu. Aku sangat tahu.
Perasan itu kita tak boleh nak halang.
Tapi, sedarlah. Perasaan tu ALLAH yang bagi pinjam. Lagipun, perasaan tu boleh dikawal sebenarnya. Kenapa tak kembali kepada DIA? Senyumm.

Sebab kita seorang Islam. Sebab tu aku concerned.

Credit to Roommate for this flower. Fieza pinjam.

No comments: