Menjadi Seorang 'Fieza Sudin'.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Epal dan Pisang sekalian.

Di petang yang indah dan permai, ditemani hujan kucing dan anjing (raining cats and dogs), guruh yang berdentam-dentum, angin yang kuat bertiup menerpa diri. Fehh ayat. Kalah sastera. Ku kuatkan semangat demi menaip secebis penulisan untuk dimuatkan dalam blog ini sebagai salah satu entri. Wahaha.. Ayat pembukaan yang bagus barangkali. Okay perasan. *tundukmalu*

Well.

Sebenarnya terfikir, kalaulah diri ni Dato' Siti Nurhaliza, suara sedap, cantik, popular, ada bisnes sendiri. Hummm, untungnya.. If only.. Pernah juga terfikir kalau diri ini, Nur Amelia Natasya (nama rekaan) , bestnya hidup. Tak payah nak susah payah lalui hidup yang entah apa-apa. Kerja dia, pergi kelas, balik kelas, duduk bilik, buat apa yang patut, hidup bebas tanpa masalah. Juga pernah terfikir, kalaulah aku jadi, Muhammad bin Abu(nama rekaan). Haaaa. Tak payah gusar nak fikir masalah bagai. Lepak je tiap weekend. Hidup dengan game, bola, awek.

Nampaklah manusia ni tak pernah bersyukur.

Kalau diberi peluang, aku memang nak rasa jadi semua orang. Yela, kadangkadang baru kita faham, kenapa dia macam tu, apa yang dia faham, apa yang dia nak, dan sebagainya.

Tapi, syukurlah. ALHAMDULILLAH. Sebab aku dipilih untuk menjadi seorang 'Fieza Sudin'. Ohh. Nama glamer tu. HUHU..

Walaupun kadangkadang secara tetiba hati ni terdetik, "Tak bestnya jadi aku, nak jadi macam dia, dia, dia dan dia. Macam best je."

Sumpa. Diri ni lupa. ALLAH dah ciptakan setiap orang tu dengan bermacam ragam, sikap, perasaan and so on. So, dapat ke kau nak hindari semua tu?

The answer is no. But then, you can control it. Contohnya ego kau yang melangit tu, kawal sikit. Ego tu perlu, tapi untuk certain keadaan yang memerlukannya. Okay Fieza? "Okayy.... Kott." That's ego! *sigh* Perangai yang suka tak ambil serius, asyik nak memain. Kawal. Jangan semua benda nak buat main. Be serious! Please. "Fine." Suka bash orang. "Opppssss!" Maaf. Keep on bashing people. Why Fieza? Why? *kuiskaki* "Takpela. Kau kan memang macam tu Fieza. Aku tak ambil hati pun. Tak marah pun. Asalkan kau happy." DushDush. Aku rasa amat bersalah. Sometimes kita cuma nak bergurau, tapi.. Kita tak sedar kita dah hiris sedalam-dalamnya perasaan orang. Deep. So, I'm trying. I'm trying to control it. Doakan aku ehh? *kelipkelipmata* Aku minta maaf sangat. Sebab kau nak tengok aku gelak, kau biar hati kau terluka. It's not fair babe.

Bila share some of my life to some of the persons that I know, ada yang cakap, "Susahnya jadi Fieza Sudin." HAHA. Yeah. Menjadi sesiapa sahaja memang susah sebenarnya. Believe me. Semua orang ada masalah sendiri. Cuma kita pandai overcome atau tak je.

Mencuba menyelesaikan masalah yang ada. Sebab, "All in this world are not permanent, not even your problems." Sebab masalah ni macam asam garam kehidupan. Umpama masak asam pedas tak letak asam jawa, haaa.. Tak jadilah asam pedasnya sebab asam takde. Gituuuu. Kalau kita atasi, maknanya kita orang yang hebat. Wahahaha. Masalahnya kalau aku ada masalah memang aku melalak dulu. Haihhh. Guanne bohhh?

Tujuan utama aku taip post yang berjela ni adalah kerana hendak berkongsi secebis memori terindah sepanjang bergelar seorang 'FiezaSudin'. Secebis je. Belum suku lagi. Belum sebahagian lagi. Haaa. Ini secebis. Sebab diri ini sangat bersyukur kepada-Nya kerana memilih diri ini menjadi 'FiezaSudin'.

Pisyo(Y)

No comments:

Post a Comment