Andai Itu Jodohku.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Epal dan Pisang sekalian.

Laju je tu. Haaa. Amboi...

Sebenarnya..

Sejak sebelum cuti Merdeka haritu lagi, aku asyik ulang suara mendendangkan serangkap ayat " Terbangkitnya aku dari sebuah kematian... " Refer to Menanti di Barzakh by Far East.

Lepas tu mesej ni jadi viral kat FB masa tu..


Tersentap.

Sungguh diri ini alpha tatkala tidak pernah teringat akan jodoh yang pasti itu.

Muhasabah diri.

Jodoh dengan manusia tu, benda yang sementara. Tak kekal selamanya. Lagipun, jodoh itu sesuatu yang tak pasti. Yang mungkin kita berjodoh atau tak berjodoh pun.

Tapi, sudah amat pasti yang sesungguhnya mati itu ialah jodoh yang setiap insan akan ber'jodoh'. Tiada syak wasangka lagi. Tidak perlu diragui. Tidak perlu disangsikan. Maka, sila setkan mind anda bahawa jodoh kita yang pasti ialah.. Ajal.

Sebab firman ALLAH :

" Setiap yang bernyawa pasti akan merasai Mati... "

Boleh rujuk terjemahan Surah Al-Anbiya' ayat 35.

So, open invitation..

Sekiranya aku berjodoh... *kedua-duanya diambil kira
Maka sudilah menghadirkan diri bagi menjengukku.
Ini open invitation dan akan permanent sehinggalah aku berjodoh.

Rabbi.
Andai itu jodohku, jodohkanlah aku dengan sebaiknya.
Ameen.


I got these from Facebook :

" Andai semasa tidur Maut menjemputku.. Ampunkanlah segala dosaku. Halalkanlah segalanya. andai dirikuterhutang, tuntutlah pada ahli keluargaku. "

" And in case I don't wake up tomorrow, I love you so much. "

No comments:

Post a Comment