Nawaitu.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Epal dan Pisang sekalian.

Well~ Alhamdulillah. Syafiq Esa dah keluar hospital dah pun. 5 hari koma.
And. Alhamdulillah jugak untuk roommate yang dah dapat Anak Buah baru. Weee~ Tahniah MokTeh kitaa. Setelah beberapa lama menanti.

Kesibukan sebagai seorang penuntut Universiti semakin dapat dirasakan. Kuiz. Assignments. Latihan. Test. Debate. And so on. Carry mark kott. Kalau lah debate itu bukan salah satu carry mark untuk subjek Introduction To Law, memang taklah aku nak ambil bahagian. Sebab in English. Aku memang ada masalah dalam bab-bab pronounce ni. Apatah lagi dalam Lughatul Arabiah. -__-

Okay. back to the topic. Nawaitu.

عن أمير المؤمنين أبي حفص عمر بن الخطاب (رضي الله عنه) قال: سمعت رسول الله (صلى الله عليه وسلم) يقول: "إنما الأعمال بالنيات و إنما لكل امرئ ما نوى، فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله، فهجرته إلى الله ورسوله، ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها، فهجرته إلى ما هاجـر إليه". رواه إماما المحدّثين: أبو عبدالله محمـد بن إسماعيل بن إبراهيم بن المغيرة بن بردزبه 
البخاري الجعفي، وأبو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيري النيسابوري في صحيحيهما اللذين هما أصح الكتب المصنفة

Maksudnya :

Daripada Amir al-Mu'minin Abu Hafs bin al-Khattab R.A. berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : Bahawa sesungguhnya setiap perbuatan itu bergantung kepada niat dan sesungguhnya bagi setiap orang adalah apa yang telah diniatkannya. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada ALLAH dan Rasulnya maka hijrahnya kepada ALLAH dan rasulnya. Dan barangsiapa hijrahnya kerana dunia dan habuan dunia atau kerana wanita yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya kepada perkara yang ingin ditujuinya.

*
*
*
*
*

Sangat common nak dengar Hadis ni bila kita buat sesuatu. " Ala, kan setiap amal bergantung pada niat. " Okayy. Lalu muncullah gerakan yang menyatakan, " Babe, niat tak menghalalkan cara. " Pulakk dah. *Haihhh. 

Garu kepala..

Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat.
Semua orang tau niat tu pokok pangkal kepada setiap perkara yang kita lakukan.
Dalam konsep, ibadah, rutin harian dan sebagainya.

Kalau skema jawapan biasanya, " Ingat, buat apa-apa perkara niatkan hanya kerana ALLAH. "

Jadi, mungkin konsep ini yang disalahgunakan oleh sesetengah orang. Mungkin..
Buat maksiat pun takpe. Sebab niat kerana ALLAH.

Woii! Dah kenapa kau cemarkan pemikiran macam tu?

This is what we called as ' Niat tak menghalalkan cara. '

Janganlah begitu. 

Banyak perkara lain yang boleh dilakukan. Banyak.
So, take note.

Oh ya, nah hadiah.
Jumpa kat home Facebook.


Teringat kata-kata seorang Sahabat, 
" Kalau kita dah selalu memberi, kita susah nak terima, Fieza.. "

No comments: