Roti Squiggles.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Epal dan Pisang sekalian.

Tak tidur pun. Tak boleh tidur. Ada Ruqyah kat Mahallah tadi.
Entahlah mengapa.
Abaikan.

Sambil mengunyah Roti Squiggles..
Dah macam sahur pulak.

*
*
*
*
*

♪ " Ohhh Muslimah.. Berbahagialah.. Kau telah dilahirkan-Nya dengan mulia.. " ♪
Ringtone aku berbunyi...
" Assalamualaikum. Hello. "
" Waalaikummussalam, kakak. Tengah buat apa tu? "
" Tak buat apa-apa pun. Baru habis kelas kenapa mak? "
" Nak cakap ni, ada orang masuk meminang. "
" Hah?! Siapa? "
" ****** "
" Huh~ Kalau dia, abaikan jela. Tak payah terima. "
" Okay. "

*
*
*
*
*

Ana asifah.
Cerita di atas merupakan rekaan semata. 
Takde kaitan dengan aku pun.
^^
Bukan niat nak menipu. Sobsob. :'(

Sebenarnya tiba-tiba aku terbayang benda tu jadi.

Disebabkan perkara ini..


Aku tujukan kepada seseorang.

Engko.
Engko tu lelaki. Aku ni perempuan.
Kau cuma kawan aku tak lebih daripada itu.
Kalau nak rasa nak ber'feeling' indah-indah, aku bukan manusia yang selayaknya.
Aku hormat kau sebagai seorang kawan.
Tapi kau?
Bukan semua kebetulan tu maksudnya jodoh. Bukan!
Maaf.
Tapi, aku cukup tak boleh terima cara kau.
Kalau rasa nak bermanja, bukan aku tempatnya.
Kau kongkong aku macam aku hak kau.
Kau siapa?
Emak aku pun bagi kebenaran nak kawan dengan sesiapa je.
Aku ulang, kau siapa?
Kalau kau rasa itu cara kau nak approach, maaf.
Kau tak matang. Belum cukup matang.
Tak MATANG!
Aku pun tak pernah meletakkan harapan pada kau.
Sebab berkali-kali aku tegaskan, "We're just friends. Not more, not less."
Tapi, apa yang kau faham sebenarnya dengan kenyataan aku tu?
Apa?

Salah aku. Salah aku juga.
Salah aku sebab tak cuba cegah benda ni daripada terus melarat.
Sebab...
Sebab aku tak nak ikatan atas nama kawan itu terlerai macam tu.

Aku mohon maaf. 
Mungkin ini yang terbaik.
Aku pilih untuk bersikap dingin terhadap kau.

Allahu. 
Kau temukanlah dia dengan seseorang yang dia perlukan dan memerlukan dia hanya kerana-Mu.
Ameen.

No comments: