Tujuan Masuk Universiti

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Epal dan Pisang sekalian.

I’ve attended a Forum on Topic, Tujuan Masuk Universiti.

Ni kira qada’ sebab aku tak pergi Forum I Am Profesional pagi tu.

Cehh~ Penuh dengan Forum kau..

Well~ Cuba buang jauh-jauh pemikiran negatifdi mana kita selalu menyangka bahawa Forum itu membosankan. Cuba ubah mindset. Haaa. Tudiaa…

“ Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati, yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi yang buta ialah hati yang ada di dalam dada. “
-Surah al-Hajj, ayat 46.

Kesimpulannya, hati merupakan tonggak utama dalam setiap segala yang kita lakukan.

Tujuan masuk universiti.
Bukan untuk diri kita. Bukan untuk keluarga kita. Bukan untuk jiran-jiran kita. Bukan untuk universiti kita. Bukan untuk negeri kita. Bukan untuk negara kita kita.
Tapi, untuk Ummah dan Islam.
Maka, sila tajdidkan niat anda.
Okayy.
Untuk lebih memahami, aku kongsi nasihat daripada Ustaz sekolah aku dulu.

“ Tak guna kalau kejar ilmu dunia sahaja. Tak guna dapat 4 flat kalau syariat, aqidah diabaikan. Ilmu biar seiring.  Apa guna jadi lelaki kalau tak berminat kepada surau. “

Lebih kurang begini.
Tak ingat sangat the real one tu. Mahap.

Ini menandakan tak guna pun kejar ilmu fardu kifayah kalau yang fardu ain tu disimpan di dalam rak tanpa diselenggara sehingga berhabuk.
Sebab manusia ini perlukan sesuatu yang mampu menyeimbangkan diri mereka dari aspek Jasmani, Rohani dan Akal.
Maksudnya, ilmu agama pun perlu jugak kau bagi makan untuk rohani kau tu.
So, faham tak?
Maka, jadilah Mahasiswa/Mahasiswi yang bukan sahaja bijaksana tetapi punyai aqidah yang mantap. Haa. Gituuu. Kan ohsemm.

*Ini bukan untuk diaplikasikan semasa masuk U sahaja ye. Kemana sahaja anda tercampak atau dicampak, boleh amalkan selalu. Tujuan masuk Tadika, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah. Bahkan tujuan memasuki alam pekerjaan. It just, tajuk forum tu je ‘Tujuan Masuk U’. Takpe, boleh tukar.. Tujuan Anda Hidup.. Pisyo(Y)


Ehh?

No comments: