Mari Berpuas Hati

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Epal dan Pisang sekalian.

Kepuasan dan ketidakpuasan.
Manusia sangat rapat dengan ketidakpuasan.
Yeke? Betul la.
Ibarat isi dan kuku. Ibarat dakwat dan kertas.
Namun begitu,manusia dan kepuasan sangatjauh ibarat langit dan bumi. Ehh?
Pehh Hiperbola~

Tapi, sejujurnya memang betul pun.
Almaklumlah siapa je yang tak mengejar kesempurnaan?
Semua nak sempurna baru rasa puas hati.
Kalau tak sempurna walaupun sikit, mulalah perasaan ketidakpuasan hati itu muncul.

Contoh ketidakpuasan hati.

Kebanyakan perempuan Asia termasuk aku sangat mengagumi perempuan Barat. Sebab perempuan Barat cantik-cantik belaka.
Kebanyakan perempuan Barat sangat merasakan perempuan Asia cantik.

Dah tu? Siapa yang cantik kalau cengginih?

Nampak tak? Kedua belah pihak merasakan kekurangan itu di samping mengagumi kecantikan pihak lagi satu.
Sebab apa?
Sebabnya telah dinyatakan di atas.
Manusia dan ketidakpuasan sangat rapat.

Well~ Look.
ALLAH dan jadikan kita sesempurna kejadian dah.
Tapi kita yang selalu membanding kekurangan kita tanpa melihat kelebihan kita yang dilihat orang lain.
Chill babe. Semua manusia ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Just be yourself.
Bersyukur seadanya.
Kalau asyik nak pertikaikan dengan apa yang kita hadapi, perolehi memang tak ada pun benda yang sempurna. Kalau asyik nak pertikaikan, macam mana nakbersyukur? Kalau asyik nakpertikaikan, macam mana nak puas hati?

Pisyo(Y)

Note for myself too. :)


No comments:

Post a Comment