On The Phone with 'Kesayangan'.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Epal dan Pisang sekalian.

Nak tau siapa kesayangan aku?
HAHA. Bajet boleh tau.
Biarlah 'dia' yang tahu 'dia' itu kesayangan aku.

*Lambai tangan kat kesayangan.

Main purpose aku call dia adalah untuk memberitahu hala tuju aku selepas ini.
Haa. Saje nak share. Kan kesayangan. ^^

Tak banyak benda yang di'story'kan. Almaklumlah, aku ni jenis tak puas bila berbual tak face to face. Tak feel gitu.

Tapi, aku sempat selitkan satu nasihat.
Lebih kurang macam ni la bunyi dia.

" Umur awak ni, janganlah nak main-main. Serious. Belajar betul-betul. Zaman awak ni memang kena struggle. Awak memang rasa susah sebab zaman awak ni memang susah. Awak kena betul-betul faham apa yang awak belajar. Later on awak menyesal. Macam kita. Dah nak SPM baru sedar apa yang dah pernah belajar. Do your best for SPM okay? Jangan jadikan kita, dan (seseorang) sebagai contoh. Kitorang banyak main. Kalau kitorang dijadikan contoh, takut jahanam masa depan awak. "

My dearest kesayangan ni ada cakap jugak,

" Result gempak jugak lah tu untuk orang yang banyak main. Siyes. Kita tengok awak ni banyak main kott. Macam tak serious je belajar. Result trial lagi. Sebab tu terkejut gila bila tau dapat result macam tu. "

Ehem..

Okayy. Aku nak share sikit mengenai tips belajar ni.
Ehh? Bukan tips belajar pelajar cemerlang.
Cuma tips belajar daripada aku masa sekolah. *Tak boleh praktik masa kat U.

Aku jarang tidur dalam kelas even aku mengantuk gila-gila. Paling teruk pun aku tersengguk. Aku memang bukan jenis letak kepala bila Cikgu mengajar. Sebab aku tak biasa buat. Unless. Masa Cikgu suruh buat latihan dan sebagainya. Maknanya aku tetap tidur dalam kelas. Cuma bukan masa cikgu mengajar. Hee~

Itu semasa belajar dalam kelas. Jangan pernah tanya di luar kelas. Aku tak pernah belajar secara serius rasanya. Buka buku, berbual and at the end, tutup buku balik dorm tidur.

See?
Look at my schedule. Bukan gaya pelajar cemerlang.

So, rasa nak betul-betul cemerlang, sila dapatkan tips daripada mereka yang sebenar-benarnya. Aku hanya mampu merosakkan masa depan korang. Peace(Y)



Alhamdulillah~
Permohonan aku cukup mudah.
Walaupun aku rasa down sebab risau tak dapat masuk U yang aku mohon tu, tapi, akhirnya.. Rezeki ALLAH.

Mom said, " Berkat kakak sembahyang Dhuha, puasa. "
Someone said, " Awak, tu berkat awak rajin puasa. "

Humm.
So, aku nak nyatakan kat sini, kalau korang dekat dengan ALLAH, In Sha ALLAH, DIA akan buka jalan yang luas untuk korang.

Bukan nak cakap kau main-mainlah time belajar, tapi kau kejar amalan. Bukan. Tanpa usaha, aku pun tak mungkin dapat sesuatu yang aku boleh katakan, 'unexpected' ni. Siyes. Tanpa sedikit usaha, aku tak mampu.

So, jangan pernah tinggalkan ALLAH. Kau nak orang ikut cakap kau, mestilah kena penuhi permintaan dia dulu kan? " Kalau nak duit ni, buat kerja rumah dulu. " kata Mak.  Macam masa zaman kecik-kecik dulu. Faham kan maksud aku?

Nak ALLAH tunaikan permintaan kau, buatlah amal baik. Pisyo(Y)

No comments: