Malam Ini.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Epal dan Pisang sekalian.

Scrolling facebook's timeline.
Someone posted this video.
With caption, " rindu zaman sekolah..rindu cikgu2..rindu kawan2 :') "
I commented there. " KAA. BBK. "
Which means, SMK Permas Jaya and SMKAJB.


Malam ini. Malam Israk Mikraj.
Malam di mana Rasulullah diangkat ke langit ke tujuh.
Malam yang mana Rasulullah menebalkan wajah Baginda untuk memohon supaya ALLAH mengurangkan jumlah waktu solat.
Malam yang mana Nabi Isa a.s. menyatakan bahawa 5 waktu pun belum tentu umat Muhammad mampu melaksanakannya.
Malam yang mana perjalanan Rasulullah melihat seksa manusia dalam Neraka.
Malam di mana perjalanan yang begitu jauh dapat dilaksanakan dengan begitu singkat hanya dengan menaiki seekor Buraq.

Allahu.
Kuasa ALLAH.

Dan, malam ini aku kembali menerjah zaman-zaman persekolahan yang baru beberapa bulan aku tinggalkan.
Zaman menengah rendah. Zaman menengah atas.

Masa begitu cepat berlalu.

Percaya atau tidak, aku akan bergelar seorang 'Pelajar Asasi'. In Sha ALLAH.

Tarik nafas dalam-dalam.
Hembus.

Setakat ini. Aku lalui pengalaman. Pengalaman bersekolah. Menjadi Pelajar Sekolah.

Mungkin tidak sama semasa bergelar Pelajar Asasi. Mungkin tidak. Mungkin juga ya. Mungkin.

Akan tetapi, pengalaman sebagai seorang yang bersekolah itu mungkin memberi pelbagai pengajaran. Menjadi seorang yang mampu berdikari kemudian hari mungkin. Mungkin.

Salam Israk Mikraj.
27 Rejab 1435H.

No comments:

Post a Comment