Ini. Pandangan Saya.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Epal dan Pisang sekalian.

Ini. Pandangan saya.
Pendapat keluaran Fexxa.
Cuma ingin berkongsi pandangan.

Layakkah Malaysia menjadi negara yang maju?
Layakkah Malaysia menjadi sebuah negara Islam? Yang kononnya Agama Rasmi ialah Islam.
Layakkah Malaysia menjadi contoh kepada negara-negara kurang maju yang lain?
Layakkah Malaysia menjadi sebuah negara yang bertamadun dari segi pelbagai aspek?
Layakkah Malaysia menjadi sebuah NEGARA?

Sarkastik sungguh soalan aku ni.

Maaf.

Aku seorang rakyat Malaysia.
Malah bangga menjada rakyat Malaysia.
Bahkan bersyukur dilahirkan dalam kesejahteraan Malaysia.
Sungguh.
Terima Kasih kepada para pejuang terdahulu yang berusaha memperoleh kemerdekaan negara.

Peace(Y)

Persoalan aku tu ada lah macam nak mempersoalkan tentang Penubuhan Negara. But, that wasn't what I mean. Sebab aku bukan budak Sejarah.

Cuma.
Persoalan aku itu lebih kepada Pembangunan Insan pada masa ini.

Perhatikan masalah sosial yang melanda di negara kita ini.
Cuba fikir.. Layakkah?

Kes rogol. Kes rompak. Kes ada DNA Babi. Dera. Abaikan ibu bapa. Arak. Judi. Rumah urut. Itu baru sosial. Kes khalwat. Saman. Dan sebagainya. Itu belum lagi kes-kes yang melibatkan sukan.
Tolonglah aku tak suka bila baca surat khabar, bila baca berita, sukan khususnya bola sepak sangat menjadi isu terbesar. Soalan. Kita nak memupuk semangat kesukanan ke nak bajet popular dengan bersukan?
Begitu juga hal yang berlaku kepada penyokong, peminat tegar. Nasihat aku, tak payah nak over sangat. Bergaduh, bertelagah dah macam apa. Memalukan negara je senanya.
Bola sepak itu sejenis sukan. Rasulullah galakkan bersukan Sebab menyatukan ummah. Kita? Memecah belahkan ummah? Wake up People! Bola Sepak Melaysia tak hebat mana pun. Tak payah nak banggakan sangat. So, please.

Itu. Sebesar-besar kes.

Belum lagi yang nampak remeh-temeh.
Nampak remeh tapi berat sebenarnya.

Macam mana Malaysia nak maju? Macam mana?
Husnuzon...
Mungkin suatu hari nanti.

" Masa depan sesebuah negara dapat dilihat daripada pemudanya. "

Mari renung diri kita sebagai pemuda-pemudi ni.
Mampukah?
Allahu.


No comments:

Post a Comment