Sunat.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Epal dan Pisang sekalian.

Eh, nih bukan sunat yang potong-potong tu.

This is sunat yang bila kita buat, kita dapat pahala dan bila kita tinggal, kita tak dapat apa-apa. Neither pahala nor dosa. Get it?

Persoalan yang aku cuba untuk timbulkan kali ini.

Apa motif Solat Hajat? Bukan dalam solat fardu pun kita boleh memohon ke?
Apa motif Solat Taubat? Solat fardu pun boleh kan kita memohon ampun pada ALLAH.
Apa motif Solat Istikharah? Dalam solat fardu pun boleh minta petunjuk ALLAH.

Okayy.

Sila faham.

Persoalan itu bermaksud, apa tujuan utama kau solat sunat tersebut? Sebab kau berhajat, maka kau pun terus solat sunat hajat? Bukan sebab kau nak mengabdikan diri kepada ALLAH? Tujuan utama kau solat sunat untuk apa sebenarnya? Mengharapkan reda ALLAH? Atau terlupa untuk mengabdikan diri kepada ALLAH?

*
*
*
*
*

Okayy. Jangan belitkan kepala. Jangan fikir memusing dan sebagainya. 

Straight to the point. 

Apa pun benda yang kita buat, mestilah niat kerana ALLAH. Mengharapkan DIA reda atas apa yang kita laksanakan. Make sure yang wajib kasi beres. Yang sunat kasi tampal kekurangan itu. Baru comel. Jangan berhenti meminta daripada-NYA. 

Subhanallah~

No comments: