Pilihan.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Epal dan Pisang sekalian.


Sambil menambah,

"Kat situ ada 2 cara, terpulanglah kau nak follow memana. Suit yourself. And, kalau nak lagi cepat, istiqamah. Jangan sehari je buat, pastu mengharapkan jawapan. And, jawapan tuh kengkadang tak datang dalam mimpi pun. Gerak hati, persekitaran, apa yang kita lalui pun boleh jadi jawapan untuk persoalan kita."

"Maksud? Tak faham."

"Okay. Aku bagi contoh. Selalunya Istikharah nih dengan jodoh kan? So, contohlah kau nak tau which one is better kan. Tak semestinya kau akan mimpi dia je. Boleh jadi, kau asyik teringat dia, asyik terselisih je dengan dia, and dia je yang kau nampak. So, itulah petunjuk dia. Faham sekarang?"

"Ohh. HAHA. Macam tau-tau je aku nak doa pasal jodoh. Thanks."

*
*
*
*
*

Itu salah satu perkara yang boleh kita pohon semasa melaksanakan Solat Sunat Istikharah. Salah satu? Ehh. Bukan Istikharah ni untuk jodoh je ke? Kan? Kan? Boleh ke nak Istikharah untuk benda lain? Boleh ke? Hah? Kaki nak kaki? Sangat-sangat boleh. Dan itulah tujuannya sebenarnya. Mari betulkan mindset kita.

Sebenarnya Istikharah ini dilaksanakan seandainya kita berada dalam permasalahan atau kebuntuan. Tengah dalam dilema lah katanya. Senang cerita, kita berada di tengah-tengah pemilihan. Kena buat pilihan. Keputusan yang perlu dilakukan berdasarkan pilihan. Tapi, masa solat tu, jangan beratkan hati pada mana-mana pilihan. Yela, kalau dah hati terberat pada satu pilihan tu, better just grab that choice. Faham? Sebab kau dah memberat kepada satu pilihan itu, jadi kenapa perlu mohon petunjuk? Is it clear?

Dan sebenarnya Solat Sunat Istikharah ni sangat-sangat digalakkan untuk dilaksanakan. Okay. Mari kita lihat perjalanan hidup kita bermula dengan celiknya mata sehingga terpejamnya pada setiap hari. *I mean bangun tidur sampai kita tidur balik. Semua benda perlukan pilihan. 

e.g : Nak makan ke taknak?  Nak mandi ke taknak? Nak tanya tak? Nak buat tak? 

Dan sewaktu dengannya.

Pilihan kan? In Sha ALLAH, kalau kita mampu ber'istiqamah' dengan Istikharah, pilihan yang kita buat untuk sehari dalam hidup kita merupakan pilihan yang terbaik untuk kita. So, jangan fikir bila kau tersepit dan didatangi calon-calon peneman diri, baru terfikir nak istikharah. In any conditions, you may. Nak sambung belajar, nak kerja, nak itu nak ini. Cuma. Cuma jangan sekali je buat. Try la buat 3 malam berturur-turut ke. Bukan ape, lagi afdal. Kalau kita minta banyak kali, mesti banyak kita dapat kan? 



Sekadar perkongsian.
Boleh cari dalam buku panduan solat sunat atau google untuk cara-cara melaksanakan Solat Sunat Istikharah. :)

Wallahuallam~

No comments:

Post a Comment