Kepentingan Berbahasa.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Epal dan Pisang sekalian.

Macam nak buat karangan umum Bahasa Melayu lah pulak rasanya.
" Sebagai seorang pelajar, sila nyatakan kepentingan berbahasa kepada anda. "

LOL.

Aku cuma terfikir pasal kepentingan berbahasa masa ternampak sepupu aku punya status kat Facebook.

Dan, ditegur seseorang mengenai penggunaan Bahasa Inggeris nya itu.

Peh~ Bold kan seh Bahasa Inggeris tu.

Bukan aku nak memartabatkan Bahasa Inggeris. Bukan nak jatuhkan martabat Bahasa Melayu. Bukan nak elakkan penggunaan Bahasa Melayu. Bukan nak menjatuhkan orang yang yang tak reti Bahasa Inggeris. Bukan nak cakap diri ini terlalu hebat Bahasa Inggeris.

Cuba aku nak cuba buka minda sebahagian manusia.

Ehem.

Sekarang ni, pandangan orang kepada mereka yang beragama *tak semua orang atau pak-pak ustaz, mak-mak ustazah kebiasaanya, tak pandai Bahasa Inggeris. Bila golongan-golongan ini ber'speaking' semua pakat, 'Waaaa~' Macam golongan-golongan ini tak mampu dan tak boleh ber'speaking' lah pulak kan.

Buka minda please.

Dan ada juga berfikiran sebegini.

Aku nak berdakwah. Jadi, aku tak perlu belajar Bahasa Inggeris pun. Cukuplah aku belajar agama. Lagipun Bahasa Inggeris bukan Bahasa Al-Quran.

Chop! Bahasa Arab anda sangat pro ke?

Janganlah sempitkan fikiran tu. Jangan. Either bukan Bahasa Al-Quran sekalipun, cuba buka fikiran tu.

Anda mahu berdakwah kan? Kenapa tak nak antarabangsakan dakwah anda itu? Mungkin Mat-mat Salleh dan para Minah Salleh berminat dengan dakwah anda. Almaklumlah mereka semua tak faham Bahasa Melayu gitu. So? Wauu~ Anda berjaya menarik minat mereka. Thumbs Up!

Tak semestinya orang yang tak pandai Bahasa Inggeris ni kekampungan. Tak semestinya orang yang hebat Bahasa Inggeris ni terlalu kebandaran dan bebas bersosial. Tidak.

Aku cuma nak kongsi pandangan aku je terhadap sesetengah orang yang begitu mengambil remeh soal berbahasa. Termasuk Bahasa Melayu sendiri.

Apa yang aku maksudkan kat sini sebenarnya, aku sangat tak bersetuju dengan sebahagian manusia yang menyatakan bahawa, "Ala, aku bukan pandai Bahasa tu pun, tak payah nak pentingkan sangat"

Awak, tolong tau. Tolong fikir masa hadapan. Tolong. Tolong buka minda.


Kenapa mesti dakwah? Ehe. Pisyo(Y)

No comments:

Post a Comment