Hipokritkah aku?

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Epal dan Pisang sekalian.

Dalam hidup ni, kalau kita nak cuba puaskan hati orang lain memang susah. Cuba buat sesuatu yang boleh puaskan hati kita sendiri. Sebab kalau kita tak puaskan hati kita sendiri, siapa lagi yang nak puaskan kan?

Siapa selalu utarakan ayat nih? Siapa?

Okayy. Soalan cepumas yang tiada emas di situ.

Orang yang rapat dengan aku kat kem dulu memang selalu lah dengar aku mengutarakan ayat nih setiap kali mereka bermuram durja. Antara kata-kata peransang yang mampu aku bantu. I'm good at talk. Kott.

*
*
*
*
*

Tapi kenapa kau tak puaskan hati kau sendiri Wahai Fieza?

Maksud kau?

Kau cuma berdiam diri atas apa-apa yang terjadi. Semata-mata nak menjaga hati orang lain. Heyy, hati kau?

Mohon pencerahan.

Look, kau tipu perasaan sendiri semata-mata taknak sakitkan hati orang. Kenapa? Kenapa kau nak jaga hati orang sedangkan kau sendiri sakit hati? Puaskan hati kau ke? Tak hipokrit macam tu? Konon la pentingkan kepuasan hati.

*
*
*
*
*

This is.
Kadang-kadang melihat orang gembira pun boleh puaskan hati aku. Boleh. Ce fikir. Kau tak bertegur langsung dengan kawan baik+rapat+simpan rahsia kau+tak pernah cari pasal dengan kau. Sakit tak perasaan tu? Mana satu pilihan terbaik? Hubungan sebaik itu terputus begitu tapi, aku dapat apa yang aku nak. Atau biarkan sahaja perkara itu dan hubungan kita gembira bersama. Untuk puaskan hati aku, aku lebih suka hubungan bersama kawan terbaik sentiasa baik. Tanpa ada perbalahan serius. Tanpa. Kadang-kadang hati terluka pun mampu buat seseorang itu puaskan hati dia. Chill babe. :)

Merindui. 
By the way, join aku jadi pembaca tegar Inche Kopiah yokk.
Related : Klik Sini 

No comments: