Cita-cita atau Impian?

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Epal dan Pisang sekalian.

Cita-cita.
Sesuatu yang kita harapkan dan ianya suatu realiti.

Impian.
Sesuatu yang hanya sekadar angan-angan dan sukar untuk menjadi realiti.

__________________________________________________________

I'm not going to write about 'Cita-cita' ataupun 'Impian'.

I just wanna share about me.

Terdetik dalam hati, 'Nasib baik boleh kemaskini UPU'

Beberapa hari lepas result keluar, aku di'basuh' sebersih-bersihnya oleh kawan ayah. Peh~ Kena sental habis-habisan.

"Tapi, tak minat Ekonomi, Akaun"
"Ni bukan pasal minat tak minat. Kau nak jadi pensyarah kan? Ini jalan mudah. Faham tak?"

Okay. Aku cuba faham mesej yang dia nak sampaikan.
Aku bercita-cita nak jadi Pensyarah, tapi, bidang yang aku apply tak mampu sejauh itu.
He's trying to 'wash' my brain.
Buka fikiran.

Dan, apabila aku terbaca status ini petang tadi,


Aku cuba fahami.
Okayy.
Kalau nak kata minat. Aku minat sesangat Engineering.
Tapi, dapat tentangan daripada sepupu-sepupu lelaki aku yang amik course Engineering.
Dalam hati, 'Apakah?'
Tapi, aku fikir balik, mungkin dorang ada sebab tersendiri.

Mungkin tulah salah satu sebab permohonan aku nak masuk Kelas Teknikal masa Form 4 dulu tak dapat. Tak lulus. Tak dipermudahkan. Humm. Mungkin.

Dan aku masih mencari. Kenapa mesti Akaun dan Ekonomi? Aku tak minat. Dan sebab ketidakminatan aku itu, aku belajar dengan tak ikhlas. Tak. Sejujurnya. Sebab aku cuma fikirkan minat. Sampai aku diuji hebat. Dengan dapat G masa trial. Nampak tak? Kena tegur. Lepas trial tu, aku cuba, aku cuba ikhlaskan diri. Aku cuba minat. Aku cuba fahamkan apa yang aku dah belajar selama 2 tahun tu. 

"You're okay with Account right?"
"Kau retilah buat ni"
"Kau tau sebenarnya"
"Kau boleh la. Trust me"

ThankYou atas segala kata membina itu. Sehingga aku yang tak pernah dapat 30 ke atas untuk Kertas 1, tapi, untuk SPM aku berjaya dapatkan. Alhmdulillah.

Lama aku fikir. Lama untuk aku fikir buat keputusan. Mungkin itu yang terbaik. Mudah-mudahan. 

Nak bukak bisnes Kek nanti. *Ini impian. Okay Fine.

No comments:

Post a Comment