Musannah.

Take Note.
Post ini bukan khas kepada mereka yang bernama "Adam" tetapi khas kepada yang bergelar "Kaum Adam"

Duhai Adam, ketahuilah dikau sesungghnya naluri seorang Hawa itu cukup halus. Cukup-cukup halus. Meskipun pada luarannya tampak kasar, keras, namun, naluri halus Hawa itu masih tersisip kemas di jiwa insan bergelar "Hawa". Mengertilah Adam. Adam, janganlah sekali-kali menabur janji sekiranya dirimu tidak yakin akan memenuhinya. Jangan memberi harapan kepada Hawa sekiranya dirimu tidak mampu menanggungnya. Wahai Adam, Hawa ini insan lemah. Hawa ini punyai hati yang mudah terusik. Terlalu mudah terjentik. Adam, Hawa mohon, jangan dipermainkan naluri halus itu. Jangan diberi harapan palsu. Jangan ditabur beribu janji. Jangan perdaya Hawa. Jangan Adam. Cukuplah Adam. Cukuplah dengan segala kata-kata palsu Adam itu. Cukuplah dengan semua dusta yang telah Adam taburkan. Perlukah Hawa terus terseksa? Puaskah Adam? Puaskah dengan melakukan sebegitu rupa? Adam, Hawa merayu. Tolonglah lepaskan jiwa Hawa yang ditawan olehmu Adam. Jangan ikat jiwa itu untuk terus menaruh harapan pada Adam. Jangan biarkan Hawa terbuai. Jangan biarkan Hawa terleka. Hawa sangat mudah terkesan. Hawa mohon Adam, jangan sesekali membiarkan Hawa terkontang-kanting. Jangan biarkan Hawa melayari perasaan sendirian. Jujurlah Adam. Jujur. Jangan dibuat mainan akan naluri yang halus itu. Sesungguhnya Adam, engkaulah pembimbing Hawa.


Kerana diri ini seorang HAWA.

No comments: