Jom Buat Maksiat.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

Minggu CutiPelajarAsrama. Alhamdulillah, semua berjalan lancar meskipun amat terkejutBeruk at first sebab aku kena pegang dan menjalankan beberapa amanah dan tanggungjawab yang di berikan. Insya-ALLAH aku cuba buat yang terbaik.

Tajuk entry kali ni memang sangat GEMPAK. Oh, tak gempak ea? Okay fine.

And yes, aku nak ajak korang buat maksiat tapi sebelum tu, sila persiapakan diri korang dengan beberapa perkara ni dan sila patuhi beberapa syarat yang tlah ditetapkan untuk melakukan maksiat.

Syarat pertama.
Jangan makan rezeki ALLAH. Ini termasuk pakej udara yang disedut. Udara tu pun rezeki yang ALLAH bagi kepada kita.

Syarat kedua.
Kena cari tempat yang bukan naungan ALLAH. Senang cakap, bukan dekat tempat kepunyaan ALLAH. Bukan dekat bumi ALLAH, bukan bawah langit ALLAH. Cuba cari.

Syarat ketiga.
Jangan bagi ALLAH nampak. Curi duit tabung surau tengah malam, siapa je yang nampak? Pak Imam pun tak nampak. Berasmara dana di sebalik tabir semak, pegawai Jabatan Agama Islam pun tak nampak. Kan pandai nak main sorok-sorok nih.

Syarat keempat.
Saat sakaratulmaut dimana malaikat Izrail datang untuk mencabut nyawa, kita boleh cakap dengan dia, "Wait seminit, aku nak bertaubat, sebab masa lampau aku, aku penuhi dengan kemaksiatan je." Tau kan malaikat maut nak cabut nyawa tak akan kurang sesaat hatta lebih sesaat.

Syarat kelima.
Apabila malaikat Malik iaitu penjaga pintu neraka menarik kita untuk memasuki neraka, katakan padanya, "Aku taknak masuk neraka, aku nak bertaubat dulu. Aku nak masuk syurga." Cubalah.

Okay guys, when you've done all the five terms and conditions, you may to do the "maksiat". If not, don't you dare to do it.

Pengajaran dekat sini ialah seseorang manusia memang dilarang sekeras-kerasnya untuk melakukan maksiat. Tak ada satu pun daripada syarat dekat atas kita mampu penuhi. Satu pun tidak. Sekadar renungan untuk semua dan terutama sekali diri ini. Wallahuallam~

-Sumber : Tazkirah dorm

No comments:

Post a Comment