2012


#2012taughtme
Minggu lepas hashtag kat atas tu trending dekat twitter. Sebenarnya sangat banyak yang aku belajar dalam tahun 2012. Sungguh! Aku bersyukur sangat sebab aku masih berkesempatan untuk bertemu dengan tahun 2012. Meskipun banyak perkara yang berlaku lebih terarah kepada sesuatu yang kurang menyenangkan. Apa yang 2012 telah ajar kepada aku?

Cintakan pencipta melebihi segalanya.
Alhamdulillah. Dengan result PMR 2011 aku yang agak memuaskan, permohonan aku untuk masuk ke SMKA Johor Bahru diluluskan. Sejujurnya, sejak masuk SMKA, baru timbul kesedaran. Bukan sebelum ni tak tau, tapi, kesedaran dan hati tu belum terbuka lagi. Sungguh. Even dekat rumah ada Ma’thurat, tak pernah sentuh. Sesungguhnya aku panjatkan kesyukuran keatas-Nya kerana SMKAlah yang berjaya mengubah aku 180º. Sungguhpun sebahagian je, aku bangga dengan perubahan tu.

Allah sentiasa bersama orang yang bersabar.
Innallaha Ma’assabirin. Tahun 2012 banyak mengajar aku erti sabar. Dulu, aku memang panas baran. Suka membentak, tapi sekarang, jauh lebih baik. Aku belajar bahawasanya Allah akan sentiasa bersama orang-orang yang bersabar.

Belajar menerima.
Aku dapat belajar untuk menerima ketentuan-Nya. Dulu, selalu sangat mempersoalkan itu dan ini. Tapi sekarang, walaupun masih mempersoalkan itu dan ini, taklah macam dulu.

Kalau nak disenaraikan memang banyak. Cukup banyak.

Jangan cepat ambil hati dengan orang, Jangan ada hasad dengan orang, Sentiasa berusaha, Jaga hubungan dengan Allah dan sesama manusia, Sentiasa menghargai atas apa yang diberikan, Hargai diri, Jiwa dan bibir harus seiring, Pemimpin mesti mementingkan keadilan.

Tak mampu aku coretkan. Sungguh tak mampu. Cukuplah semuanya terpahat dalam hati ini. Semoga kekal selamanya. Insya-ALLAH. Sebab coretan di hati mampu bertahan kalau hendak dibandingkan dengan coretan di mana-mana permukaan sekalipun.

Honestly, 2012 have happy,sad moments.

No comments:

Post a Comment