Mengapa Gelap?

Hari itu aku masih boleh menikmati keindahan sungai yang mengalir.
Aku masih boleh menikmati teguhnya gunung-ganang itu berdiri.
Aku dapat melihat senyum di bibir ibu, ayah, adik, kakak, abang.
Saat itu kerlipan neon sungguh menawan hati ini.
Sesaknya di pusat beli-belah, dataran-dataran, pusat rekreasi.
Semua konsert yang menghiburkan hati, yang mengusir sepi.
Di saat tangan masih bisa menari-nari di atas papan kekunci.
Semuanya sangat indah di mata insan ini, semuanya cukup sempurna.
Warna-warna yang terlakar, hiasan-hiasan yang terpapar.
Menjadi penghibur saat hati berduka, saat hati terluka.
Waktu itu, bukan al-Quran menjadi teman, bukan solat menjadi amalan.
Zikrullah sentiasa diabaikan, dunia menjadi keutamaan.
Ya Rabbi..
Sewaktu ianya masih celik, aku alpa, aku leka.
Akan tetapi, ianya HARI ITU, WAKTU ITU, SAAT ITU.
Kini..
Tatkala aku membuka mata, "Ibu, kenapa tak buka lampu?"
Sepi..
Namaun, aku masih boleh menangkap tangisan halus ibu..
Ya. Itu ibu. "Ibu, kenapa dengan Adik bu?"
Ya ALLAH!
Aku sedar. Aku tahu. Aku bukan aku yang dulu lagi.
Tak mungkin! Aku tak percaya! Tak mungkinnnnn!!
Sejak itu, al-Quran ialah peneman, solat fardu menjadi amalan.
Betapa khilafnya di bumi Pencipta ini.
Alpa terhadap-Nya, leka akan suruhan-Nya, lupa akan hukum-Nya.
Tidak pernah meletakkan-Nya di tempat utama, Dia tiada di hati.
Dan kegelapan ini membuatkan tapak tangan menjadi galang-ganti.
Tapak tangan ini menjadi pembantu kini.
Sungguh diriku telah menzalimi diri.
Tapi, aku tahu, inilah masanya buatku menghijrahkan diri.
Syukur alhamdulillah kupanjatkan buat-Mu Illahi kerana memberiku peluang.
Buat kelahiran kedua ini, akan ku hambakan diriku hanya pada-Mu.
Sesungguhnya, aku hamba-Mu yang lemah.
Kerana saat diri ini dirundung kesukaran, nyatalah, baru kucari-Mu.

No comments:

Post a Comment