Hari Ibu.

Disebalik Hari Ibu.



Perayaan Musim Bunga orang-orang Greece(penghormatan kepada ibu Tuhan mereka, Rhea).
Pada tahun 1600, orang-orang England merayakan "Mothering Sunday". Setiap Ahad keempat Lent(tempoh masa 40 hari pada bulan Februari atau Mac)
Sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan perkara tertentu atau memakan makanan tertentu atas alasan keagamaan.
Ia bertujuan sebagai penghormatan terhadap Mother Mary (Siti Maryam, ibu Nabi Isa a.s. yang dikenali sebagai Jesus). Di mana dianggap sebagai isteri dan anak Tuhan.

Dalam tempoh itu juga rakyat-rakyat England yang fakir, akan bekerja sebagai pembantu rumah. mereka sanggup keluar jauh dan meninggalkan keluarga tersayang. Hal ini disebabkan kerana mereka percaya bahawasanya Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan kepada mereka dalam tempoh tersebut.
Menjelang hari Ahad yang keempat, mereka digalakkan untuk bercuti dan pulang ke kampung untuk bertemu ibu mereka.
Ibu-ibu mereka akan dihadiahkan dengan Mothering Cake bersempena perayaan tersebut.
Amalan ini tersebar ke seluruh dunia dan disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church.
Mother Church dianggap kuasa spiritual yang agung. Jadi, perayaan Mothering Sunday diadun bersama upacara kegerejaan.
Penghormatan mereka terhadap ibu sama tarafnya dengan penghormatan mereka terhadap gereja.
Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe yang merupakan seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi "The Battle Hymn of The Republic".

Puisi itu dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika.
Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.
Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu.
Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar merayakan dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei.
Semenjak itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.
Anna Jarvis, dan penyokong-penyokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah.
Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika.
Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti diraikan pada setiap Ahad kedua dalam bulan Mei.

Waalahuallam.

Bak kata Ustaz Azhar Idrus.

" Hari Ibu ialah Hari Mother Church / Ibu Gereja Kristian.
  Siapa nak sambut, SILAKAN.
  Siapa takut ROSAK AKIDAH, jangan sambut "

p/s: Selamat Hari Jururawat. tanpa anda yang membantu Doktor, saya tak mungkin keluar dari rahim ibu. uwek~uwek~

No comments: