Selamatkan Akidah Ummah

Ayuh kita bersama
Satu hati suara
Meluahkan rasa gundah di jiwa
Gejala melanda akidah umat dicabar
Marilah kita pertahankannya...
Bersatu suara dan satu usaha
Bergandingan tangan menggapai cita
Tiada mustahil jika ummahnya teguh bersama
Dengan keizinan Allah yang Maha Esa...
Andainya warga bersatu kan gentar seteru
Angin sengketa pun tak mampu bertiup
Keimanan yang utuh
Tidak kan mudah runtuh
Biarpun dihasut musuh-musuh agama...
Mantap Aqidah
Kukuh Agama
Perkasa Ummah
Teguh Negara
Bersatu Jiwa
Tak kira warna kulit dan bangsa
Erti bersaudara...
Marilah kita bersama zahirkan
Rasa keperihatinan
Dalam usaha selamatkan Aqidah Ummah...

Klik sini untuk tengok video kat youtube.

p/s: Dapat masa tayangan Sabtu lepas. Kat sekolah.

No comments: